Dianggarkan lebih sejuta penduduk Malaysia menghidap penyakit jarang jumpa.
Penasihat Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (MRDS), Dr Thong Meow Keong mendedahkan lebih membimbangkan apabila pesakit berkenaan berdepan risiko lebih tinggi, sekiranya dijangkiti COVID-19.
Ini kerana, kebanyakan penyakit ini sukar untuk dikenalpasti memandangkan ia tidak mempunyai ciri khas seperti penyakit kronik lain.